Thursday, 5 November 2009

Pengumuman Pertama



Peace be upon you.

Kapal terbang.
Aeroplane.

Kenderaan kegemaran saya.
Cita-cita pertama yang betul-betul membuat saya berusaha untuk mencapainya ialah drebar kepada kenderaan kegemaran saya ini yakni juruterbang a.k.a pilot.

Saya buat kajian tentang juruterbang.
Saya tonton dokumentari tentang kapal terbang.
Saya tonton drama tentang lapangan terbang dan isinya.
Saya tonton program tentang pesawat.
Saya kongsi ilmu dengan kawan-kawan.

Saya sedar.
Sangat sedar.

Keadaan saya tak mengizinkan saya menjadi apa yang saya cita-citakan.
Segunung harapan terbongkah di bahu ini.
Berat.
Dan saya kena lepaskan cita-cita ni.
Terpaksa.
Dalam rela.
Tapi tak mengapa.
Pengorbanan untuk ibu bapa.

Sungguh tak disangka!
Ada juga teman sesekolah menyimpan cita-cita yang sama.
Kami perempuan.
Muslimah.
Kaum yang selalu didefinisikan sebagai kaum yang lemah.
Tapi ramai juga yang menyimpan cita-cita seperti saya.

Untuk menjadi juruterbang!

Seribu penghargaan saya hulurkan buat Nur Fareeha Aisyah.
Dia insan pertama yang buat cita-cita saya kembali bernafas.
Hidup saya semakin bersinar.
Semangat saya semakin berkobar.

Kami berkongsi cita-cita.
Kami berkongsi rasa.
Kami bertukar cerita.
Kami ketawa bersama.
Kami menangis bersama.
Kami kecewa bersama.

Saya faham dia.
Dia faham saya.

Kami hampir serupa.
Kerana keadaan kami sama.

Tentangan keluarga.
Menuntut kami mengorbankan perasaan dan cita-cita.

Jahatlah saya andai saya tetap meneruskan cita-cita demi memuaskan hati sendiri tetapi melukakan hati banyak pihak lain.

Biarlah..

Saya terpaksa lepaskan cita-cita ini pergi.
Situasi dan keadaannya tak sesuai untuk saya.

Unifomnya.
Pergaulannya.
Cara hidupnya.
Cara bekerjanya.

Tidak sesuai dengan kehidupan saya.

Tapi,
sumbu cita-cita ini akan terus bernyala di dalam hati saya.
Takkan padam buat selamanya.

Lapangan terbang tetap akan menjadi tempat kegemaran saya.
Kapal terbang tetap akan menjadi kenderaan kegemaran saya.
Juruterbang tetap akan membuat saya teruja.
Krew kapal tetap akan membuat saya terpesona.

Dan segalanya akan saya abadikan di sini,
kerana tak mampu lagi dipendam di hati.

Izinkan saya,
berkongsi segalanya di sini...

Kekecewaan.
Keterujaan.
Kesedihan.
Kebahagiaan.
Kesusahan.
Keyakinan.
Kehampaan.

Dan segala-galanya.

Izinkan saya...


Regards,
~> Captain-Rowx





1 comment:

Anonymous said...

wah!!