Friday 25 November 2011

Misteri Facebook ~Abdulk Abd

Assalamualaikum wbt.

Wahh~! Lamanya tak update belog ni. Ampun maaf dipinta ye :)

Sebenarnya, dah lama TERmeninggalkan belog ni, tapi ANDA - seseorang yang tidak dikenali bertanya hal belog ini di FB, yang akhirnya mengingatkan saya kembali pada Captain Rowx :')


Maaf andai saya mendedahkan identiti awak, tapi saya tak tahu macam mana nak reply selain drp cara ni. Ampun ye.

Menjawab persoalan awak.. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udaraNya. Yep, masih minat kapal terbang, meski bidang yang sedang saya tumpukan sekarang jauh tersasar daripada landasan kejuterbangan. (syahdu kejap.)

Walau siapa pun awak, terima kasih kerana sudi menyinggah dan membaca belog ini. Sungguh jujur saya katakan, saya tak percaya bahawa belog picisan ni ada pengikutnya tersendiri yang begitu setia, hingga sudi menanya di FB apabila lama tidak terupdate belog ini.

Maaf ye. Bukan malas, malu, tapi malangnya, tiada kesempatan dan idea. Saya hilang ilham untuk terus menulis tentang bidang yang bukan lagi dunia saya sepenuhnya. Saya kini terpaksa tumpukan perhatian pada dunia lain. Dunia yang benar-benar menjanjikan masa depan buat saya, insya ALLAH.

Sekali lagi, terima kasih ye Abdulk Abd. Anda buat saya terharu. Walau siapa pun anda, jika anda seorang yang bercita-cita spt mana yang saya pernah cita-citakan dulu, fighting! Teruskan perjuangan anda. All the best.

Kalian yang pernah singgah di Captain Rowx, terima kasih dan maaf banyak2. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda layari. Yang penting, redha Ilahi dalam segenap rezeki.

Wassalam.

Saturday 30 January 2010

Dan hilang.

Salam.

Kelmarin ke airport.
Jemput abang.
Sedang elok,
lampu MAS terkelip-kelip nak mendarat.

Masih teruja.
Lantas saya sauk Iqbal, 
menuju ke tepi pagar,
menyertai kumpulan-kumpulan yang memang menunggu kapal terbang mendarat.

Nampak pergerakan kapal terbang terbabit.
Pusing.
Jalan lurus.

Tapi,
macam biasa dah dengan semua tu.
Tahap keTERUJAan itu kurang.

Dan, 
makin HILANG!

Kenapa?

Entah.
Saya pun tak tahu.

Allah lebih tahu.

Wallahu'alam.

Wassalam.