Saturday, 7 November 2009

Pengumuman Ketiga : Nilai Sebuah Mimpi



Peace be upon you...

Dalam entri Pengumuman Pertama, saya ada menyebut seorang sahabat yang menghidupkan kembali cita-cita saya untuk menjadi juruterbang. Ini dia. Bertudung ungu, yang sedang 'tertidur' dalam gambar. Gambar ini dirakamkan ketika kami bercuti ke Tanah Tinggi Cameron hujung tahun lepas.

Semalam saya menelefon beliau. Sekadar mahu memaklumkan kewujudan blog ini yang saya yakin mampu membuat beliau terpaksa menekup mulut kerana terlalu teruja. Tambahan pula, kami sepatutnya 'dating' di sekolah hari Khamis yang lalu. Namun ketiadaannya di kelas membuatkan saya mengandaikan beliau tidak hadir ke sekolah.

Namun rupa-rupanya beliau setia menunggu saya di 'tempat dating' kami. Saya pula, yang melihat beliau tiada di kelas, terus membuat konklusi bahawa beliau tidak hadir ke sekolah sedangkan beliau sedang menunggu saya. Alahaiii..

Panggilan semalam saya kira amat berharga. Kesempatan itu saya ambil untuk mengorek cerita yang beliau ingin sampaikan kepada saya.

Cerita tentang mimpi beliau.

Secara ringkasnya, setelah beberapa mendirikan istikharah mengenai cita-cita beliau, beliau bermimpi berkahwin dengan seorang juruterbang namun lelaki tersebut mati.

Biasa sahaja, bukan?

Tapi cerita beliau menjadi luar biasa apabila beliau berjumpa dengan 'suami' beliau di alam realiti, di sebuah lapangan terbang, berpakaian uniform juruterbang!

Sepenuh hati, beliau yakinkan saya bahawa memang itulah lelaki yang beliau mimpikan. Lelaki dalam mimpi beliau dengan lelaki yang beliau jumpa di KFC Lapangan Terbang Sultan Ismail merupakan orang yang sama!

Beliau meminta pendapat dan pandangan saya. Dalam erti kata lain, beliau minta saya tafsirkan mimpi beliau.

Saya berani katakan, dalam mana-mana buku panduan tafsir mimpi pun tidak akan ada kisah sebegini!

Dan Aisyah, maaf! Saya bukanlah seorang pentafsir mimpi.

Cuma firasat saya kuat mengatakan, bahawa Allah mahu menunjukkan sesuatu yang tersirat dan cukup mendalam buat beliau. Ini bukan mimpi biasa. Sangat luar biasa. Aisyah beruntung kerana doa yang ditadahnya saban istikharah didengari Allah dan dimakbulkan.

Subhanallah!

Saya yakin, Allah nak bagitahu Aisyah dan saya, bahawa menjadi juruterbang bukanlah seindah yang kami sangkakan. Benar. Kami boleh memandu kenderaan kegemaran kami di awan biru dengan megahnya, meniti tangga-tangga jawatan demi memburu gelaran 'Kapten' idaman, menjejakkan kaki ke seluruh pelosok tanah dan berpendapatan lumayan.

Namun di sebalik semua ini, banyak juga yang pahit. Saban tahun, pasti ada berita nahas kapal terbang yang menjengah minda. Kehidupan juruterbang pula penuh dugaan. Iyalah.. Merantau ke segenap ceruk tanpa mengira agama. Kalau tipis imannya, tak mustahil akan tumbang akidahnya. Banyak juga desas-desus yang saya dengar yang mengatakan bahawa kehidupan juruterbang dan anak kapal sangat sosial. Namun saya enggan percaya 100% kerana belum melihat dengan mata sendiri. Tapi saya pasti, tak ramai juruterbang yang boleh jadi seperti Kapten Hafiz Firdaus Abdullah yang menjadikan setiap tugasan yang menghantar beliau ke sesebuah negara dimanfaatkan dengan mencari ilmu Islam untuk disebarkan di Malaysia.

Untuk menjadi seorang juruterbang, ini bermaksud sekaligus menjadi seorang yang pentingkan kerjaya. Masa bekerja yang panjang dan tidak tentu hala tidak sesuai untuk orang berkeluarga atau yang mementingkan keluarga.

Saya jelaskan pada Aisyah demikian, beserta dalil dan hujah-hujah untuk menguatkan.

Beliau terdiam sejenak.

Saya kemudian meluahkan kepada beliau, bahawa beliau bertuah. Allah memberikan petunjuk kepada beliau dalam masa yang singkat.

Saya pula..

Saya tidak akan mendirikan istikharah. Kerana saya tidak ada pilihan. Juruterbang hanyalah mimpi saya sendirian. Impian saya. Angan saya. Cita-cita saya. Hanya saya sahaja.

Namun, bukan saya seorang yang berhak ke atas diri ini. Saya masih punya ibu bapa untuk dipelihara pendapat mereka. Saya masih punya datuk nenek untuk dijaga perasaan mereka. Saya masih punya keluarga yang tidak mungkin dibelakangkan dalam membuat keputusan.

Persekitaran saya dan Aisyah juga lain. Beliau acapkali ke lapangan terbang. Dua tiga kali sebulan sedangkan saya sebulan sekali pun belum tentu. Aisyah pula kerap berjumpa dengan juruterbang semasa di lapangan terbang, namun seingat saya hanya sekali dua saya terserempak dengan juruterbang. Aisyah pernah membuat lawatan masuk ke kokpit kapal terbang, sedangkan saya tak pernah pun naik kapal terbang. Aisyah bukan anak bongsu, tapi saya, ya. Aisyah tingginya sudah melebihi 160cm, yakni syarat untuk jadi juruterbang. Sedangkan saya baru mencapai 156cm. Power mata Aisyah kurang daripada saya dan mungkin boleh sembuh, sedangkan power mata saya menjangkau 300 kiri kanan. Dia lebih rajin mencari info mengenai juruterbang dan yang sewaktu dengannya di internet sedangkan saya banyak bergantung kepada yang tersiar di akhbar.

Banyak kan, jurangnya? Jadi saya fikir, peluang Aisyah mungkin lebih cerah. Beliau ada potensi.

Saya doakan yang terbaik buat Aisyah. Di dalam simpanan buku telefon saya pun, saya menamakan nombornya 'Aisyah Pilot'. Bagaikan satu doa, setiap kali saya membaca nama itu.

Kapten, semoga berjaya! Berada di atas sana, jangan lupa saya di sini. Saya yakin awak boleh Aisyah...



Kenangan manis ni insyaAllah akan saya ingat sampai bila-bila. Awak kawan pertama saya yang berkongsi cita-cita dan masalah yang sama dengan saya. Tapi awak lebih bertuah dengan apa yang awak miliki.

Semoga Tuhan memberkati.

Wallahu'alam.

Regards,
Captain Rowx~

2 comments:

Unknown said...

hai...bilo la maryam nok jadi doktor?bleh post gini ko dr.shu.hak3.

ameen3x.

Captain Rowx! said...

heheh.

never babe.
i'll never dream to be a doctor.

so, mimpi je la maryam nak write sal doc.
da try minat, tp mission fail.

sory...
;)