Assalamualaikum wbt.
Maaflah, dah lama saya tak mengUPDATE blog ni. Bukan apa, selain rasa malas.. Rasa takut, segan, berdebar, sedih, sebak, syahdu snagat-sangat mencengkam jiwa.
Gambar kapal terbang lagi.
Maaf, maaf, maaf!
Gambar ni sangat sesuai mencerminkan keadaan saya.
Belakangan ini, saya asyik bertanya pada diri sendiri..
'Angan-angan aku untuk jadi pilot ni, sekadar angan-angan di atas angin, kah?'
Dan sungguh! Saya tak temui jawapannya.. ):
Kejadian ini sudah lama berlaku. Agak lama. Dalam dua minggu lebih... Kejadian di mana pihak saya, 4sc2 menerima kunjungan Cikgu Razali Konok atau lebih mesra disapa sebagai Papa Li dalam kalangan para pelajar.
Seperti biasa, fungsi seorang Papa Li ialah memberikan semangat kepada kami yang mungkin sesekali kekeringan kekuatan. Dialah yang mengecas kekuatan, kegembiraan dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar sekolah agama.
Papa Li ralit menceritakan mengenai doktor segala. Akhirnya, tanpa tertahan, isu pilot saya timbulkan.
Soalan saya :
"Cikgu [saya segan nak panggil dia papa], kalau ada budak skolah ni nak jadi bomba ke, polis ke, PILOT ke, camna?" perkataan PILOT saya tekan.
Beliau kelihatan tergamam kejap.
Berfikir.
Lalu beliau mnecapai kembali pen Faber Castell click berwarna biru bermata fine di atas meja, sebelum melakar sesuatu di kertas kajang.
"Pilot? Awak dapat result 10 A, kemudian apply MFA, umur 22 awak dah boleh gaji RM15,000."
Pen dijatuhkan.
Semangat sekali beliau berbicara.
Beliau pandang saya yang sedari tadi memandang beliau.
"Umur 22 awak dah ada kerja, gaji lumayan. Orang lain yang nak jadi doktor masih di tahun dua, tiga. Untung, senang, kaya!" kata-kata beliau sungguh membakar semangat saya.
"Tapi cikgu, yuran pengajian dia mahal!" saya meluahkan hujah.
"Awak dapat 10 A, konfem! Biasiswa dia bagi, kerja dia bagi, gaji dia bagi!"
Dan semangat saya terbakar lagi. Dan saya lupa pada kehendak saya yang mahu menguburkan cita-cita ini. Dan saya teringat kepada rakan seperjuangan, Aisyah, dan macam-macam lagi!
Sungguh!
Bukan gaji yang lumayan yang saya gilakan! Tapi kepuasan hati! Kehendak naluri! Tuntutan keinginan! Dapat pegang stereng dan masuk kokpit setahun dua pun jadilah...
Saya kembali duduk di tepi sahabat yang sentiasa menjadi tulang belakang saya, Awatif. Belum sempat saya berbicara mengenai kata-kata Papa Li, Awatif terlebih dahulu memotong.
"Awak jadilah pilot. Saya temankan awak."
Syahdu terasa. Dia bagaikan tahu apa yang tersirat di hati saya. Saya gamam.
"Kita jadi pilot sama-sama. Nak?" tekannya lagi.
"Awatif, jangan bagi saya harapan palsu. Saya tak dilahirkan untuk jadi pilot. Banyak benda yang menghalang. Pakaiannya.."
Awatif memotong lagi.
"Alah, dalam kokpit je kita pakai pakaian yang agak-agak seksi tuh. Luar kokpit kita pakailah jaket labuh."
"Saya tak tinggi macam awak.."
"Awak ada setahun lagi untuk cepai paling kurang 4 cm untuk cukupkan ketinggian awak 160 cm, untuk jd seorg pilot."
"Saya nak jadi wanita berkeluarga. Jadi pilot, macam mana dengan keluarga?"
"Alah, jadi pilot kejap pun jadilah. Umur 22 kita kerja, umur 27 kita berhenti dan kahwin. Nice, what?"
Hujahnya buat saya terdiam. Dalam hati saya terpaksa akui, dia benar. Saya ni bukannya mahu mengabdikan diri selama-lamanya tuk jd pilot. Setakat boleh pegang stereng kapal terbang, dan drive kapal terbang, sudah memadai! Tak sampai tahap kapten pun takpe!
Dan kini, harapan yang selama ini saya tanamkan, kembali mencacak di bumi. Keluar dengan sendiri.
SAYA NAK JADI PILOT!
[Bahagianya senyuman dorg. Tapi saya tanak jadi stewardess, saya nak jadi PILOT]
[Kenapa lelaki harus mendominasi ruang pilot? Diorang terer sgt ke Fizik dan Math?!]
[Luv this pic very much! Satu gambar yang memberi sejuta harapan kepada saya. Lihatlah pilot wanita di tgh tu. Bertudung! Dan dikelilingi pilot wanita yang lain. Bangga3!]
[Maryam nak jadi macam ni. Pilot muslimah... Boleh kah?]
Haisyyyy..
Saya jadi pening tatap semua gambar ni. Bukan jelik, jelak atau cuak.
Tapi.. entah! Bagaikan ada satu semangat meresap masuk ke dalam jiwa...
SEMANGAT NAK JADI PILOT!
Dan Awatif yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi sumbu angan yang dahulunya dimalapkan..
Tapi,
adakah saya berpijak di bumi nyata?
Bukankah..
Angan-angan saya hanya ANGAN-ANGAN DI ATAS ANGIN?
Entah!
Saya tak tahu!
):
Regards,
~Captain Rowx..