Friday, 11 December 2009

Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.


Update terbaru yang saya buat di sini, ialah pada 20 November 2009.. Tak adalah lama sangat. Tak sampai sebulan pun lagi.MyEm0.Com

Saya kurang pasti blog ini ada pengikutnya atau tidak. Ada yang sudi menyinggah atau tidak. Ada yang sanggup membaca atau tidak. Yang pasti, saya puas mencoret di sini.



Alkisahnya..

Hari ini, hari Jumaat nan indah lagi permai ni, saya ada beberapa hal untuk dikongsikan bersama blog ini. Bersama siapa, saya kurang pasti. Yang pasti, bersama anda, yang sedang membaca!
MyEm0.Com

Markah subjek Fizik bagi peperiksaan akhir tahun baru-baru ini telah sampai ke tangan saya. Alhamdulillah.

Tidaklah setinggi mana. Tapi saya puas hati, kerana saya lakukan effort yang kuat padanya. Berapa? Biarlah rahsia. Yang pasti, lebih tinggi daripada peperiksaan yang lalu, dan untuk mencapai tahap markah tertinggi dalam kelas, masih jauh lagi.

Tahun depan saya pasti boleh!

MyEm0.Com

Markah Add Math belum diketahui. Menurut Cikgu Rohana, markah sudah ada pada beliau. Namun, masih belum diagihkan. Saya khuatir. Mungkin teruk. Naluri saya berkata demikian.

Tapi, peningkatan markah Fizik sudah cukup membuatkan saya terfikir, ini permulaan yang baik bagi saya. Kalau usaha lagi kuat, mesti boleg lagi baik!

 

(",)

Yang kedua.. Mengenai jawatan Kapten Doktor Omar yang wujud dalam khayalan Mazni Darwisya, penulis yang menghasilkan novel Samudera Indah Nian terbitan Jemari Seni. Anda boleh mendapatkan penjelasan sebenar mengenai isu Kapten Doktor Omar ini di link http://ohmaryam.blogspot.com/2009/12/saja-saja-nak-komen- novel-samudera.html


Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, watak kerdil Kapten Doktor Omar dalam SIN berjaya membuatkan saya teruja. Kenapa? Silalah ke www.ohmaryam.blogspot.com . Segalanya ada di situ! ;)

Yang ketiga..

Belakangan ini, saya mendapati bahawa agak banyak bunyi kapal terbang yang melintasi rumah. Saya kurang pasti sama ada ini benar-benar baru terjadi belakangan ini, atau sememangnya sudah lama tapi saya yang baru menyedari.

Apa yang pasti, bunyi enjinnya sahaja sudah cukup membuatkan saya teruja. Kalau bunyi itu melintas di saat saya sedang melakukan sesuatu pekerjaan, akan saya hentikan pekerjaan tersebut demi mendengar bunyi itu dengan lebih jelas. Kalau kebetulan bunyi tersebut melintasi ketika saya berada di halaman, akan saya dongak kepala ke langit dan melihat kapl terbang itu berlalu hingga hilang dari pandangan. Kalau saya tidak menjumpai kapal terbang yang mengeluarkan bunyi terbabit di udara, saya akan tawaf rumah sampai jumpa atau sampai bunyi tersebut hilang.MyEm0.Com

Aneh.

Memang aneh. Rumah saya bukannya berdekatan dengan lapangan terbang. Jauh! Hampir 30km. Jadi, kemungkinan untuk mendengar bunyi kapal terbang melintas dengan kerap adalah mustahil. Tapi, sekarang... Setiap hari pasti ada dua tiga kali bunyi tersebut berdengung di udara.. dan, saya TERUJA!

Pelik sungguh insan ini kan. Baru dengar bunyi kapal terbang, dah meloncat-loncat bagai kera terkena belacan. Kalau dapat pandu kapal terbang betul-betul, agak-agak macam kera tertelan belacan barangkali. Hisy, membahayakan penumpang la pulak. Heheh..

MyEm0.Com

Erm..

mungkin ini sahaja yang boleh saya tumpahkan di sini, sebagai entri mengubat kerinduan berkarya di sini. Blog yang satu lagi juga terpaksa saya isi, kerana sudah lama tidak menulis di situ. Asyik menulis di dua blog utama sahaja.

Aiseh! Berapa banyak blog yang saya ada? :)

Biarlah rahsia.

Yang penting, saya enjoy dengan apa yang saya miliki. Beberapa blog yang menceriakan hari. Alhamdulillah.

MyEm0.Com

Okeylah.

Kepada pembaca yang budiman sekalian, yang sudi meluangkan masa membaca entri di blog yang kusam ini.. Terima kasih! Buat penyokong setia, Aliah Amirah...



Terima kasih banyak-banyak, Aliah.

Have a nice day.



Wallahu'alam.

Wassalam.

~Captain Rowx.


[bila agaknya saya nak sampai ke pelangi, menyentuhnya dengan pandangan mata secara makrifat, tiada lagi yang termajaz...?]


Friday, 20 November 2009

Angan-angan di Atas Angin, kah?





Assalamualaikum wbt.

Maaflah, dah lama saya tak mengUPDATE blog ni. Bukan apa, selain rasa malas.. Rasa takut, segan, berdebar, sedih, sebak, syahdu snagat-sangat mencengkam jiwa.

Gambar kapal terbang lagi.

Maaf, maaf, maaf!

Gambar ni sangat sesuai mencerminkan keadaan saya.

Belakangan ini, saya asyik bertanya pada diri sendiri..

'Angan-angan aku untuk jadi pilot ni, sekadar angan-angan di atas angin, kah?'

Dan sungguh! Saya tak temui jawapannya.. ):

Kejadian ini sudah lama berlaku. Agak lama. Dalam dua minggu lebih... Kejadian di mana pihak saya, 4sc2 menerima kunjungan Cikgu Razali Konok atau lebih mesra disapa sebagai Papa Li dalam kalangan para pelajar.

Seperti biasa, fungsi seorang Papa Li ialah memberikan semangat kepada kami yang mungkin sesekali kekeringan kekuatan. Dialah yang mengecas kekuatan, kegembiraan dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar sekolah agama.

Papa Li ralit menceritakan mengenai doktor segala. Akhirnya, tanpa tertahan, isu pilot saya timbulkan.

Soalan saya :

"Cikgu [saya segan nak panggil dia papa], kalau ada budak skolah ni nak jadi bomba ke, polis ke, PILOT ke, camna?" perkataan PILOT saya tekan.

Beliau kelihatan tergamam kejap.

Berfikir.

Lalu beliau mnecapai kembali pen Faber Castell click berwarna biru bermata fine di atas meja, sebelum melakar sesuatu di kertas kajang.

"Pilot? Awak dapat result 10 A, kemudian apply MFA, umur 22 awak dah boleh gaji RM15,000."

Pen dijatuhkan.

Semangat sekali beliau berbicara.

Beliau pandang saya yang sedari tadi memandang beliau.

"Umur 22 awak dah ada kerja, gaji lumayan. Orang lain yang nak jadi doktor masih di tahun dua, tiga. Untung, senang, kaya!" kata-kata beliau sungguh membakar semangat saya.

"Tapi cikgu, yuran pengajian dia mahal!" saya meluahkan hujah.

"Awak dapat 10 A, konfem! Biasiswa dia bagi, kerja dia bagi, gaji dia bagi!"

Dan semangat saya terbakar lagi. Dan saya lupa pada kehendak saya yang mahu menguburkan cita-cita ini. Dan saya teringat kepada rakan seperjuangan, Aisyah, dan macam-macam lagi!

Sungguh!

Bukan gaji yang lumayan yang saya gilakan! Tapi kepuasan hati! Kehendak naluri! Tuntutan keinginan! Dapat pegang stereng dan masuk kokpit setahun dua pun jadilah...

Saya kembali duduk di tepi sahabat yang sentiasa menjadi tulang belakang saya, Awatif. Belum sempat saya berbicara mengenai kata-kata Papa Li, Awatif terlebih dahulu memotong.

"Awak jadilah pilot. Saya temankan awak."

Syahdu terasa. Dia bagaikan tahu apa yang tersirat di hati saya. Saya gamam.

"Kita jadi pilot sama-sama. Nak?" tekannya lagi.

"Awatif, jangan bagi saya harapan palsu. Saya tak dilahirkan untuk jadi pilot. Banyak benda yang menghalang. Pakaiannya.."

Awatif memotong lagi.

"Alah, dalam kokpit je kita pakai pakaian yang agak-agak seksi tuh. Luar kokpit kita pakailah jaket labuh."

"Saya tak tinggi macam awak.."

"Awak ada setahun lagi untuk cepai paling kurang 4 cm untuk cukupkan ketinggian awak 160 cm, untuk jd seorg pilot."

"Saya nak jadi wanita berkeluarga. Jadi pilot, macam mana dengan keluarga?"

"Alah, jadi pilot kejap pun jadilah. Umur 22 kita kerja, umur 27 kita berhenti dan kahwin. Nice, what?"

Hujahnya buat saya terdiam. Dalam hati saya terpaksa akui, dia benar. Saya ni bukannya mahu mengabdikan diri selama-lamanya tuk jd pilot. Setakat boleh pegang stereng kapal terbang, dan drive kapal terbang, sudah memadai! Tak sampai tahap kapten pun takpe!

Dan kini, harapan yang selama ini saya tanamkan, kembali mencacak di bumi. Keluar dengan sendiri.

SAYA NAK JADI PILOT!


 
 [Bahagianya senyuman dorg. Tapi saya tanak jadi stewardess, saya nak jadi PILOT]





 [Kenapa lelaki harus mendominasi ruang pilot? Diorang terer sgt ke Fizik dan Math?!]




[Luv this pic very much! Satu gambar yang memberi sejuta harapan kepada saya. Lihatlah pilot wanita di tgh tu. Bertudung! Dan dikelilingi pilot wanita yang lain. Bangga3!]




[Maryam nak jadi macam ni. Pilot muslimah... Boleh kah?]

Haisyyyy..

Saya jadi pening tatap semua gambar ni. Bukan jelik, jelak atau cuak.

Tapi.. entah! Bagaikan ada satu semangat meresap masuk ke dalam jiwa...

SEMANGAT NAK JADI PILOT!

Dan Awatif yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi sumbu angan yang dahulunya dimalapkan..

Tapi,

adakah saya berpijak di bumi nyata?

Bukankah..
Angan-angan saya hanya ANGAN-ANGAN DI ATAS ANGIN?

Entah!
Saya tak tahu!

):

Regards,
~Captain Rowx..

Sunday, 8 November 2009

Pengumuman Keempat : Dato' Seri Anthony Fernandes



Peace be upon you.

Dato' Seri Anthony Francis Fernandes, born on 30 April 1964, is also known as Dato' Seri Tony Frenandes is a Malaysian entrepeneur and the Chief Executive Operation (CEO) of Tune Air Sendirian Berhad , who introduced the first budget no-frills airline, AirAsia, to Malaysians with the tagline "Now everyone can fly".







Beliau bertindak bijak dengan menukarkan Air Asia, sebuah syarikat penerbangan national yang gagal, menjadi sebuah syarikat penerbangan tambah murah yang sangat berjaya.




Lahir di Kuala Lumpur, ayah beliau berasal dari Goa yang menikahi ibunya, seorang wanita Melaka Portugal. Bapanya Stephen Edward Fernandes manakala ibunya Ena Dorothy Fernandes. Semasa beliau masih kecil, Dato' Tony sering mengikuti ibunya yang berniaga jualan langsung, 'Tupperware'.

Berpendidikan di Kolej Epsom bermula tahun 1977 sehingga 1983, beliau kemudiannya menamatkan pengajian di London School of Economics pada tahun 1987. Beliau bekerja dengan Virgin Atlantic sebagai seorang auditor, dan kemudiannya menjadi pengawal kewangan untuk Richard Branson's Virgin Records di London pada tahun 1987 hingga 1989.

Kepulangan beliau ke Malaysia menjadikan beliau Pengarah Urusan paling muda untuk Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Selain seorang akauntan., Dato' Tony juga merupakan gitaris amatur dan telah mencapai gred 8 piano. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam merevolusikan muzik etnik, nasyid dan dangdut dengan membawa kesemua rentak lagu itu ke tengah laluan muzik Malaysia yang kontemporari.

Beliau kemudiannya menjadi Timbalan Presiden Warner Music bagi Asia Tenggara dari tahun 1992 hingga 2001. Apabila Warner Music Group mengumumkan penyatuannya dengan America Online Inc., Dato' Tony meninggalkannya untuk merealisasikan impiannya memulakan sebuah penerbangan tambang murah. Walaubagaimanapun, permohonannya untuk meminta lesen daripada kerajaan Malaysia ditolak.

Melalui Datuk Pahamin A. Rejab, bekas Setiausaha Umum bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Tony berjaya menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada Oktober 2001.




Air-Asia ditubuhkan. Namun laluan sebagai ahli perniagaan bagi Dato' Tony untuk menjadi seorang yang berjaya bukanlah mudah. Pelbagai pahit getir dan ranjau yang dialami beliau hinggakan ada yang mennganggap beliau sudah gila.

Pada 2007, Dato' Tony kemudiannya mencipta rangkain hotel yang pertama di Asia, Tune Hotel yang juga berdasarkan konsep Air Asia. Tune Hotel yang pertama dibuka di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perkembangan dalam bidang pekerjaan apabila lebih banyak hotel dibuka di Malaysia. Tune Hotel yang terbaru akan dibuka di Bali, Indonesia.

Pencapaian terbesar Dato' Tony ialah telah menukarkan Air Asia menjadi sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Selain itu, beliau turut memiliki beberapa anugerah lain contohnya Malaysia CEO of the year 2003.

Saya tidak lepas daripada mengimpikan untuk memiliki apa yang Dato' Tony miliki jika saya tidak ditakdirkan menjadi seorang juruterbang. Memiliki sebuah syarikat penerbangan yang berkonsepkan Islam keseluruhannya, akan saya namakan syarikat tersebut dengan nama yang dicadangkan oleh seorang sahabat, Nur 'Awatif Madihah ketika kami membina angan di atas angin.

Muslimah Airlines.




Semua staf MA merupakan wanita bermula dari pilot hinggalah kerani. Technician, engineer, architect, akauntan, pengurus besar dan CEO, semuanya wanita. Wanita Islam yang menutup aurat secara lengkap dan sempurna. Pasti seronok, kan?

Di atas pesawat nanti, hanya penumpang Islam sahaja yang dibenarkan naik. Akan dihidangkan dengan air zam-zam, kopi habbatus sauda' dan buah kurma, kismis, dan thin selain roti bersalut madu. Produk-produk bumiputera berteraskan hasil alam sekitar juga akan dijadikan sebagai menu pilihan.

Akan dialunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, akan diperdengarkan sirah anbiya', akan dipertontonkan rakaman-rakaman yang menguatkan akidah.

Tapi...
Mustahil, kan?

Kerana itulah, saya panggil ini sebagai angan di atas angin...

Kalau ada aset berjuta-juta dolar, boleh juga. Kalau setakat berjuta-juta rupiah, simpan saja buat pergi umrah. Lagi baik, kan?

=D

Semoga Air Asia terus maju di bawah pimpinan Dato' Tony dalam mengangkat martabat Malaysia di mata dunia.




All the best!

Kini semua orang boleh terbang!!!




Wallahu'alam.

Wassalam.

Regards,
~> Captain Rowx!

Saturday, 7 November 2009

Pengumuman Ketiga : Nilai Sebuah Mimpi



Peace be upon you...

Dalam entri Pengumuman Pertama, saya ada menyebut seorang sahabat yang menghidupkan kembali cita-cita saya untuk menjadi juruterbang. Ini dia. Bertudung ungu, yang sedang 'tertidur' dalam gambar. Gambar ini dirakamkan ketika kami bercuti ke Tanah Tinggi Cameron hujung tahun lepas.

Semalam saya menelefon beliau. Sekadar mahu memaklumkan kewujudan blog ini yang saya yakin mampu membuat beliau terpaksa menekup mulut kerana terlalu teruja. Tambahan pula, kami sepatutnya 'dating' di sekolah hari Khamis yang lalu. Namun ketiadaannya di kelas membuatkan saya mengandaikan beliau tidak hadir ke sekolah.

Namun rupa-rupanya beliau setia menunggu saya di 'tempat dating' kami. Saya pula, yang melihat beliau tiada di kelas, terus membuat konklusi bahawa beliau tidak hadir ke sekolah sedangkan beliau sedang menunggu saya. Alahaiii..

Panggilan semalam saya kira amat berharga. Kesempatan itu saya ambil untuk mengorek cerita yang beliau ingin sampaikan kepada saya.

Cerita tentang mimpi beliau.

Secara ringkasnya, setelah beberapa mendirikan istikharah mengenai cita-cita beliau, beliau bermimpi berkahwin dengan seorang juruterbang namun lelaki tersebut mati.

Biasa sahaja, bukan?

Tapi cerita beliau menjadi luar biasa apabila beliau berjumpa dengan 'suami' beliau di alam realiti, di sebuah lapangan terbang, berpakaian uniform juruterbang!

Sepenuh hati, beliau yakinkan saya bahawa memang itulah lelaki yang beliau mimpikan. Lelaki dalam mimpi beliau dengan lelaki yang beliau jumpa di KFC Lapangan Terbang Sultan Ismail merupakan orang yang sama!

Beliau meminta pendapat dan pandangan saya. Dalam erti kata lain, beliau minta saya tafsirkan mimpi beliau.

Saya berani katakan, dalam mana-mana buku panduan tafsir mimpi pun tidak akan ada kisah sebegini!

Dan Aisyah, maaf! Saya bukanlah seorang pentafsir mimpi.

Cuma firasat saya kuat mengatakan, bahawa Allah mahu menunjukkan sesuatu yang tersirat dan cukup mendalam buat beliau. Ini bukan mimpi biasa. Sangat luar biasa. Aisyah beruntung kerana doa yang ditadahnya saban istikharah didengari Allah dan dimakbulkan.

Subhanallah!

Saya yakin, Allah nak bagitahu Aisyah dan saya, bahawa menjadi juruterbang bukanlah seindah yang kami sangkakan. Benar. Kami boleh memandu kenderaan kegemaran kami di awan biru dengan megahnya, meniti tangga-tangga jawatan demi memburu gelaran 'Kapten' idaman, menjejakkan kaki ke seluruh pelosok tanah dan berpendapatan lumayan.

Namun di sebalik semua ini, banyak juga yang pahit. Saban tahun, pasti ada berita nahas kapal terbang yang menjengah minda. Kehidupan juruterbang pula penuh dugaan. Iyalah.. Merantau ke segenap ceruk tanpa mengira agama. Kalau tipis imannya, tak mustahil akan tumbang akidahnya. Banyak juga desas-desus yang saya dengar yang mengatakan bahawa kehidupan juruterbang dan anak kapal sangat sosial. Namun saya enggan percaya 100% kerana belum melihat dengan mata sendiri. Tapi saya pasti, tak ramai juruterbang yang boleh jadi seperti Kapten Hafiz Firdaus Abdullah yang menjadikan setiap tugasan yang menghantar beliau ke sesebuah negara dimanfaatkan dengan mencari ilmu Islam untuk disebarkan di Malaysia.

Untuk menjadi seorang juruterbang, ini bermaksud sekaligus menjadi seorang yang pentingkan kerjaya. Masa bekerja yang panjang dan tidak tentu hala tidak sesuai untuk orang berkeluarga atau yang mementingkan keluarga.

Saya jelaskan pada Aisyah demikian, beserta dalil dan hujah-hujah untuk menguatkan.

Beliau terdiam sejenak.

Saya kemudian meluahkan kepada beliau, bahawa beliau bertuah. Allah memberikan petunjuk kepada beliau dalam masa yang singkat.

Saya pula..

Saya tidak akan mendirikan istikharah. Kerana saya tidak ada pilihan. Juruterbang hanyalah mimpi saya sendirian. Impian saya. Angan saya. Cita-cita saya. Hanya saya sahaja.

Namun, bukan saya seorang yang berhak ke atas diri ini. Saya masih punya ibu bapa untuk dipelihara pendapat mereka. Saya masih punya datuk nenek untuk dijaga perasaan mereka. Saya masih punya keluarga yang tidak mungkin dibelakangkan dalam membuat keputusan.

Persekitaran saya dan Aisyah juga lain. Beliau acapkali ke lapangan terbang. Dua tiga kali sebulan sedangkan saya sebulan sekali pun belum tentu. Aisyah pula kerap berjumpa dengan juruterbang semasa di lapangan terbang, namun seingat saya hanya sekali dua saya terserempak dengan juruterbang. Aisyah pernah membuat lawatan masuk ke kokpit kapal terbang, sedangkan saya tak pernah pun naik kapal terbang. Aisyah bukan anak bongsu, tapi saya, ya. Aisyah tingginya sudah melebihi 160cm, yakni syarat untuk jadi juruterbang. Sedangkan saya baru mencapai 156cm. Power mata Aisyah kurang daripada saya dan mungkin boleh sembuh, sedangkan power mata saya menjangkau 300 kiri kanan. Dia lebih rajin mencari info mengenai juruterbang dan yang sewaktu dengannya di internet sedangkan saya banyak bergantung kepada yang tersiar di akhbar.

Banyak kan, jurangnya? Jadi saya fikir, peluang Aisyah mungkin lebih cerah. Beliau ada potensi.

Saya doakan yang terbaik buat Aisyah. Di dalam simpanan buku telefon saya pun, saya menamakan nombornya 'Aisyah Pilot'. Bagaikan satu doa, setiap kali saya membaca nama itu.

Kapten, semoga berjaya! Berada di atas sana, jangan lupa saya di sini. Saya yakin awak boleh Aisyah...



Kenangan manis ni insyaAllah akan saya ingat sampai bila-bila. Awak kawan pertama saya yang berkongsi cita-cita dan masalah yang sama dengan saya. Tapi awak lebih bertuah dengan apa yang awak miliki.

Semoga Tuhan memberkati.

Wallahu'alam.

Regards,
Captain Rowx~

Friday, 6 November 2009

Pengumuman Kedua : Dato' Idris Jala





Peace be upon you.

Dato' Idris Jala.
The name of the man above.
A terror man.
A special man.

He is simple educated.
Just a graduated from Malaysia Science University (USM).
In Degree of Management on 1992.

But then,
he obtained a Masters Degree from University of Warwick, 4 years later.

Kemuculan Dato' Idris Jala di pentas perniagaan kurang diketahui orang ramai.
Nama beliau hanya naik mendadak apabila mengambil alih tampuk pentadbiran Malaysia Airlines (MAS) selepas Dato' Ahmad Fuaad Dahlan bersara 4 bulan lebih awal pada tanggal 1 Disember 2009.





Beliau sebelum ini berkhidmat dengan sebuah syarikat minyak, SHELL dan mempunyai beberapa jawatan lain. Perlantikannya dalam MAS menimbulkan keraguan apabila beliau bukanlah orang yang berpengalaman dalam bidang ini, sebaliknya bidang beliau lebih tertumpu kepada hasil bumi. Tambahan pula, ketika beliau mula mengambil alih pentadbiran MAS, syarikat penerbangan nasional itu sedang mengalami krisis kewangan.

Namun bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan beliau, akan tahu cara beliau bekerja. Pihak berkenaan yakin bahawa beliau akan memacu MAS ke arah yang lebih baik, sebagaimana yang beliau lakukan semasa beliau memegang takhta pengurusan SHELL.

Tanpa mengambil masa yang lama, beliau segera memulihkan keadaan MAS dengan memotong kos-kos yang tidak diperlukan dan menjual beberapa aset MAS yang dikira kurang penting. Dengan itu, pada tahun 2007, MAS berjaya mencatatkan keuntungan besar. Ini mengejutkan ramai pihak kerana pencapaian beliau lebih awal daripada jangkaan mereka. Saya tumpang kagum.

Pada Mei 2008, Dato' Idris Jala muncul di kaca televisyen dan menawarkan harga tambang serendah RM 0, sekali gus mendekatkan jurang perbezaan kehebatan antara beliau dengan Pengarah Air Asia, Dato' Tony Fernandes.

Sekarang beliau bertugas di Jabatan Perdana Menteri sebagai menteri tanpa portfolio.Ini jelas menunjukkan pencapaian cemerlang beliau berjaya meletakkan beliau sebagai 'pak menteri'.

Untuk maklumat yang lebih tepat dan lanjut, rujuk http://skorcareer.com.my/blog/dato-sri-idris-jala-profile/2008/05/18/

Secara peribadi, saya tidak terlepas daripada mengagumi beliau. Meskipun beliau seorang Kristian, hal itu bukan menjadi persoalan utama dalam mengagumi beliau. Bukanlah mengagumi beliau keseluruhannya, sekadar mengagumi kebolehan beliau dalam mengembalikan MAS ke mercu yang lebih tinggi.

Semoga beliau terus sukses dengan jawatan baru beliau di Jabatan Perdana Menteri dan semoga MAS terus menggapai kegemilangan di awan biru dan persada penerbangan dunia dengan mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh.

Regards,
Captain Rowx~


p/s : Herm.. beranganlaa nak jadi cam Dato' Seri Idris Jala nih, Captain ooi! =D

Thursday, 5 November 2009

Pengumuman Pertama



Peace be upon you.

Kapal terbang.
Aeroplane.

Kenderaan kegemaran saya.
Cita-cita pertama yang betul-betul membuat saya berusaha untuk mencapainya ialah drebar kepada kenderaan kegemaran saya ini yakni juruterbang a.k.a pilot.

Saya buat kajian tentang juruterbang.
Saya tonton dokumentari tentang kapal terbang.
Saya tonton drama tentang lapangan terbang dan isinya.
Saya tonton program tentang pesawat.
Saya kongsi ilmu dengan kawan-kawan.

Saya sedar.
Sangat sedar.

Keadaan saya tak mengizinkan saya menjadi apa yang saya cita-citakan.
Segunung harapan terbongkah di bahu ini.
Berat.
Dan saya kena lepaskan cita-cita ni.
Terpaksa.
Dalam rela.
Tapi tak mengapa.
Pengorbanan untuk ibu bapa.

Sungguh tak disangka!
Ada juga teman sesekolah menyimpan cita-cita yang sama.
Kami perempuan.
Muslimah.
Kaum yang selalu didefinisikan sebagai kaum yang lemah.
Tapi ramai juga yang menyimpan cita-cita seperti saya.

Untuk menjadi juruterbang!

Seribu penghargaan saya hulurkan buat Nur Fareeha Aisyah.
Dia insan pertama yang buat cita-cita saya kembali bernafas.
Hidup saya semakin bersinar.
Semangat saya semakin berkobar.

Kami berkongsi cita-cita.
Kami berkongsi rasa.
Kami bertukar cerita.
Kami ketawa bersama.
Kami menangis bersama.
Kami kecewa bersama.

Saya faham dia.
Dia faham saya.

Kami hampir serupa.
Kerana keadaan kami sama.

Tentangan keluarga.
Menuntut kami mengorbankan perasaan dan cita-cita.

Jahatlah saya andai saya tetap meneruskan cita-cita demi memuaskan hati sendiri tetapi melukakan hati banyak pihak lain.

Biarlah..

Saya terpaksa lepaskan cita-cita ini pergi.
Situasi dan keadaannya tak sesuai untuk saya.

Unifomnya.
Pergaulannya.
Cara hidupnya.
Cara bekerjanya.

Tidak sesuai dengan kehidupan saya.

Tapi,
sumbu cita-cita ini akan terus bernyala di dalam hati saya.
Takkan padam buat selamanya.

Lapangan terbang tetap akan menjadi tempat kegemaran saya.
Kapal terbang tetap akan menjadi kenderaan kegemaran saya.
Juruterbang tetap akan membuat saya teruja.
Krew kapal tetap akan membuat saya terpesona.

Dan segalanya akan saya abadikan di sini,
kerana tak mampu lagi dipendam di hati.

Izinkan saya,
berkongsi segalanya di sini...

Kekecewaan.
Keterujaan.
Kesedihan.
Kebahagiaan.
Kesusahan.
Keyakinan.
Kehampaan.

Dan segala-galanya.

Izinkan saya...


Regards,
~> Captain-Rowx