Friday, 11 December 2009

Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.


Update terbaru yang saya buat di sini, ialah pada 20 November 2009.. Tak adalah lama sangat. Tak sampai sebulan pun lagi.MyEm0.Com

Saya kurang pasti blog ini ada pengikutnya atau tidak. Ada yang sudi menyinggah atau tidak. Ada yang sanggup membaca atau tidak. Yang pasti, saya puas mencoret di sini.



Alkisahnya..

Hari ini, hari Jumaat nan indah lagi permai ni, saya ada beberapa hal untuk dikongsikan bersama blog ini. Bersama siapa, saya kurang pasti. Yang pasti, bersama anda, yang sedang membaca!
MyEm0.Com

Markah subjek Fizik bagi peperiksaan akhir tahun baru-baru ini telah sampai ke tangan saya. Alhamdulillah.

Tidaklah setinggi mana. Tapi saya puas hati, kerana saya lakukan effort yang kuat padanya. Berapa? Biarlah rahsia. Yang pasti, lebih tinggi daripada peperiksaan yang lalu, dan untuk mencapai tahap markah tertinggi dalam kelas, masih jauh lagi.

Tahun depan saya pasti boleh!

MyEm0.Com

Markah Add Math belum diketahui. Menurut Cikgu Rohana, markah sudah ada pada beliau. Namun, masih belum diagihkan. Saya khuatir. Mungkin teruk. Naluri saya berkata demikian.

Tapi, peningkatan markah Fizik sudah cukup membuatkan saya terfikir, ini permulaan yang baik bagi saya. Kalau usaha lagi kuat, mesti boleg lagi baik!

 

(",)

Yang kedua.. Mengenai jawatan Kapten Doktor Omar yang wujud dalam khayalan Mazni Darwisya, penulis yang menghasilkan novel Samudera Indah Nian terbitan Jemari Seni. Anda boleh mendapatkan penjelasan sebenar mengenai isu Kapten Doktor Omar ini di link http://ohmaryam.blogspot.com/2009/12/saja-saja-nak-komen- novel-samudera.html


Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, watak kerdil Kapten Doktor Omar dalam SIN berjaya membuatkan saya teruja. Kenapa? Silalah ke www.ohmaryam.blogspot.com . Segalanya ada di situ! ;)

Yang ketiga..

Belakangan ini, saya mendapati bahawa agak banyak bunyi kapal terbang yang melintasi rumah. Saya kurang pasti sama ada ini benar-benar baru terjadi belakangan ini, atau sememangnya sudah lama tapi saya yang baru menyedari.

Apa yang pasti, bunyi enjinnya sahaja sudah cukup membuatkan saya teruja. Kalau bunyi itu melintas di saat saya sedang melakukan sesuatu pekerjaan, akan saya hentikan pekerjaan tersebut demi mendengar bunyi itu dengan lebih jelas. Kalau kebetulan bunyi tersebut melintasi ketika saya berada di halaman, akan saya dongak kepala ke langit dan melihat kapl terbang itu berlalu hingga hilang dari pandangan. Kalau saya tidak menjumpai kapal terbang yang mengeluarkan bunyi terbabit di udara, saya akan tawaf rumah sampai jumpa atau sampai bunyi tersebut hilang.MyEm0.Com

Aneh.

Memang aneh. Rumah saya bukannya berdekatan dengan lapangan terbang. Jauh! Hampir 30km. Jadi, kemungkinan untuk mendengar bunyi kapal terbang melintas dengan kerap adalah mustahil. Tapi, sekarang... Setiap hari pasti ada dua tiga kali bunyi tersebut berdengung di udara.. dan, saya TERUJA!

Pelik sungguh insan ini kan. Baru dengar bunyi kapal terbang, dah meloncat-loncat bagai kera terkena belacan. Kalau dapat pandu kapal terbang betul-betul, agak-agak macam kera tertelan belacan barangkali. Hisy, membahayakan penumpang la pulak. Heheh..

MyEm0.Com

Erm..

mungkin ini sahaja yang boleh saya tumpahkan di sini, sebagai entri mengubat kerinduan berkarya di sini. Blog yang satu lagi juga terpaksa saya isi, kerana sudah lama tidak menulis di situ. Asyik menulis di dua blog utama sahaja.

Aiseh! Berapa banyak blog yang saya ada? :)

Biarlah rahsia.

Yang penting, saya enjoy dengan apa yang saya miliki. Beberapa blog yang menceriakan hari. Alhamdulillah.

MyEm0.Com

Okeylah.

Kepada pembaca yang budiman sekalian, yang sudi meluangkan masa membaca entri di blog yang kusam ini.. Terima kasih! Buat penyokong setia, Aliah Amirah...



Terima kasih banyak-banyak, Aliah.

Have a nice day.



Wallahu'alam.

Wassalam.

~Captain Rowx.


[bila agaknya saya nak sampai ke pelangi, menyentuhnya dengan pandangan mata secara makrifat, tiada lagi yang termajaz...?]